Monday, June 4, 2012

Day2: Puteri Hannah Humayraa Nama Diberi

Yay! Dah buleh discharge!!! Bunyi mur-mur kat jantung Bebi dah hilang. Alhamdulillah =) Nurse kata hari ke-2 memang jantung baby tak develop abih lagi so injap dia macam tak boleh nak sync sebab tu la ada bunyi mur-mur tu. Injap yang tak sync ni la yang buleh buat baby kena penyakit jantung berlubang. Astaghfirullahal'azim Jauhkanlah anakku dari segala penyakit.

Since hari ni hari Isnin, so Mama & Abah nak register nama Bebi siap-siap. Senang sikit tak payah nak berulang-alik mai HKL nak register nama nanti. Parking kat sini dah la susah gilaaaa nak dapatttt

Selesai isi borang abah turun bawah p Pej.Pendaftaran. Nama Wan Hannah Humayraa tak buleh guna plak dahhh Sebab since September 2011 dah ada rules baru. Nama baby tak buleh ikut keturunan mak tapi hanya buleh ikut keturunan ayah sajiaaaa Dah kata tak buleh boh Wan.. Kita Puteri-kan je la anak kitaaa

Then bila dah siap-siap nak balik ingatkan buleh la duduk ataih wheelchair dari bilik sampai keta. Tengok-tengok nurse suruh jalan sampai reception counter. Perghhh Hazab bebbb Tapi terpaksa jalan jugak la pelan-pelan. Orang yang ada kat situ semua tengok perut Mama. Mesti depa heran- Deni ada anak lagi sorang ka kat dalam perut tu? Awat perut dia besaq gila?? Hu.. Maluuu Tapi tebaikan muka jugak la.. Buat-buat tak nampak.

Bila naik ja wheelchair memang lega gila! Tapi hazab balik bila Nurse tu tolak wheelchair laju-laju. Abih segala bendul la lubang la dia langgaq. Mama just mampu tahan saket je la sambil ribakan Hannah T.T Dalam hati dok pikiaq jugak kalau dah naik wheelchair pun dah saket.. Naik keta mesti la berganda lagi saket dia. Huuu

Kira apa yang Mama imagine tu betui la.. Start ja keta jalan langgaq bumper teruih saket ya amat! Bayangkan la ada bopa bumper dalam HKL tu? On the way nak balik umah lagi laaa Dengan bumpernya.. Dengan jalan belubangnyaaa Sabaq je laaa Memang perut ni bergoyang sakan la! Patut la orang yang baru discharge balik pakai kain batik.. At least ikatan kain batik kat pinggang tu buleh hold perut bagi tak goyang kuat sangat T.T

Sampai ja umah memang rasa lega sangat. Alhamdulillah =)

P/S: So nanti kalau dapat anak laki Mama tak buleh boh nama Megat la.. Sekian.

No comments:

Post a Comment