Friday, November 30, 2012

My milestones

Lamanya Mama tak update blog ni. Sorry na Hannahhhhh Blog Mama sendiri pun Mama jarang update sebenaqnya. Hehe. Nanti kena mintak tolong Abah update blog Hannah la kot? Tapi mau ka dia???

Esok Hannah dah nak masuk 6 bulan. Yeay! Alhamdulillah. So, nanti fasa baru bermula laa Fasa suap Hannah dengan solid food pulak. Mama dah siapkan puree plum & blueberry kat Hannah. Nanti makan la tau? Penat Mama masak nak bagi Hannah T.T

Masa Hannah umur 5 bulan ni, Hannah dah developed motor skills banyak dah. Both of your hands & legs. Dulu Hannah just buleh capai & genggam barang yang ada kat tepi (kiri & kanan) Hannah ja, tapi masa raya haji hari tu (raya ke-2) Hannah tiba-tiba capai tangan nak pegang cawan teh panaih kat rumah kawan Abah. Amboiiii Pandai ni. Nak tunjuk bakat kat rumah orang no? Hehehe Tu la first time Hannah pandai capai benda yang kat depan & atas. Lepaih tu memang tangan Hannah tak reti dok diam laaa Orang dah dapat lesen 'L' la kata kannnn Baru lesen 'L' la Hannahhhh Bukan full lagi pun Haih!

Balik ja dari Penang 2 minggu lepaih Hannah demam, then 1 rumah kena jangkit. Hmmm Salah Mama jugak sebab asyik gomoi Hannah ja, memang kena jangkit laaa Jangan kata Mama, Abah & Nani pun kuat gomoi Hannah sebab tu la semua pakat-pakat demam T.T (Hannah, kita balik Penang dulu sebab Nenek Hannah meninggal 11/11/2012. Mama sedihhhh sangat) Masa demam tu la dengan hidung berair & batuk-batuk Hannah tiba-tiba bergolek, meniarap & sedaya-upaya try nak menyusur. And you made it Sayang! La ni baru la dapat lesen 'P' hehehehe

Minggu ni Alhamdulillah, Hannah dah baik demam & lajuuuuu ja menyusur. Amboi. Siap tolong mengemas rumah lagi tu. Jenuh la Mama nak kena block jalan sebab tak mau bagi Hannah sampai kat dapoq plak. Hehehe

P/S: Mama dok perati tengok Hannah menyusur guna tangan kiri jaaa Anak Mama ni nanti nak jadi kidal kah?

Monday, September 24, 2012

Bermula fasa meniarap

Hannah dah pandai meniarap hari ni. Tapi Mami xmampu nak duduk, bangun, berdiri amik gamaq Hannah. Sorry Sayang T.T

Saturday, September 1, 2012

Day 90

Hannah genap 3bulan hari niii Alhamdulillah =)

Dan hari ni genap 21tahun jugak pemergian Atuk Hannah. Kesian Hannah tak sempat jumpa Atuk dia Mama rindu ayah Mama T.T

Hannah janji dengan Mama tau.. Hannah kena jadi anak yang baik & dengar cakap Mama&Abah

Al-Fatihah

Tuesday, August 28, 2012

Day 87

Hannah dah pandai genggam teether beliau. Yay! Actually dah lama try bagi beliau pegang teether tu since umoq dia awai 2bulan masa awai-awai dia suka hisap jari, tapi asyik terlucut jaaa

Hari ni tak tau la mimpi apa dia pegang & gigit teether tu elok jaaa Tapi sat je laaa Sebab tangan & jari lagi sedap kottt HEHEHE

Friday, August 24, 2012

Day 83: raya ke-6

Hannah dah pandai alih badan sendiri. Mengiring kiri kanan cepat-cepat. Sebelum ni kalau mengiring kiri.. kiri jaaa Kalau kanan.. kanan jaaa

So macam besa laaa Bila dah belajaq benda baru beliau pun mula la buat perangai. Sekian

Wednesday, August 22, 2012

Day 79: Raya Ke-3

Hannah ziarah kubur Atok.
Al-Fatihah

Sunday, August 19, 2012

Day 78: Raya Ke-2



Teghok sunggoh la perangai suka isap jari beliauuu

Saturday, August 18, 2012

Day 77: Selamat Hari Rayaaa =)

My very first baju kurung. Thank you AuntiePkaaa =D

Wednesday, August 8, 2012

Day 66: 3.15pm



Hannah dah pandai pusing badan. Tapi tak reti nak patah balik. Lepaih tu dok hoheh2 sorang2 dia. Haha!

Tuesday, June 26, 2012

Day24

Monday, June 25, 2012

Day23

Sunday, June 24, 2012

Day22

Saturday, June 23, 2012

Day21

Friday, June 22, 2012

Day20

Thursday, June 21, 2012

Day19

Wednesday, June 20, 2012

Day18

Tuesday, June 19, 2012

Day17

Monday, June 18, 2012

Day16

Sunday, June 17, 2012

Day15

Saturday, June 16, 2012

Day14

Friday, June 15, 2012

Day13

Thursday, June 14, 2012

Day12

Wednesday, June 13, 2012

Day11

Tuesday, June 12, 2012

Day10

Monday, June 11, 2012

Day9

Sunday, June 10, 2012

Day8

Saturday, June 9, 2012

Day7

Friday, June 8, 2012

Day6

Thursday, June 7, 2012

Day5

Wednesday, June 6, 2012

Day4

Tuesday, June 5, 2012

Day3

Monday, June 4, 2012

Day2: Puteri Hannah Humayraa Nama Diberi

Yay! Dah buleh discharge!!! Bunyi mur-mur kat jantung Bebi dah hilang. Alhamdulillah =) Nurse kata hari ke-2 memang jantung baby tak develop abih lagi so injap dia macam tak boleh nak sync sebab tu la ada bunyi mur-mur tu. Injap yang tak sync ni la yang buleh buat baby kena penyakit jantung berlubang. Astaghfirullahal'azim Jauhkanlah anakku dari segala penyakit.

Since hari ni hari Isnin, so Mama & Abah nak register nama Bebi siap-siap. Senang sikit tak payah nak berulang-alik mai HKL nak register nama nanti. Parking kat sini dah la susah gilaaaa nak dapatttt

Selesai isi borang abah turun bawah p Pej.Pendaftaran. Nama Wan Hannah Humayraa tak buleh guna plak dahhh Sebab since September 2011 dah ada rules baru. Nama baby tak buleh ikut keturunan mak tapi hanya buleh ikut keturunan ayah sajiaaaa Dah kata tak buleh boh Wan.. Kita Puteri-kan je la anak kitaaa

Then bila dah siap-siap nak balik ingatkan buleh la duduk ataih wheelchair dari bilik sampai keta. Tengok-tengok nurse suruh jalan sampai reception counter. Perghhh Hazab bebbb Tapi terpaksa jalan jugak la pelan-pelan. Orang yang ada kat situ semua tengok perut Mama. Mesti depa heran- Deni ada anak lagi sorang ka kat dalam perut tu? Awat perut dia besaq gila?? Hu.. Maluuu Tapi tebaikan muka jugak la.. Buat-buat tak nampak.

Bila naik ja wheelchair memang lega gila! Tapi hazab balik bila Nurse tu tolak wheelchair laju-laju. Abih segala bendul la lubang la dia langgaq. Mama just mampu tahan saket je la sambil ribakan Hannah T.T Dalam hati dok pikiaq jugak kalau dah naik wheelchair pun dah saket.. Naik keta mesti la berganda lagi saket dia. Huuu

Kira apa yang Mama imagine tu betui la.. Start ja keta jalan langgaq bumper teruih saket ya amat! Bayangkan la ada bopa bumper dalam HKL tu? On the way nak balik umah lagi laaa Dengan bumpernya.. Dengan jalan belubangnyaaa Sabaq je laaa Memang perut ni bergoyang sakan la! Patut la orang yang baru discharge balik pakai kain batik.. At least ikatan kain batik kat pinggang tu buleh hold perut bagi tak goyang kuat sangat T.T

Sampai ja umah memang rasa lega sangat. Alhamdulillah =)

P/S: So nanti kalau dapat anak laki Mama tak buleh boh nama Megat la.. Sekian.

Sunday, June 3, 2012

Day 1



Patutnya hari ni dah buleh balik.. Tapi bebi muntah-muntah la plak. So kena tunggu specialist buat check-up dulu baru depa decide buleh balik ka dak. Tapi kalau ikut apa yang nurse cakap.. Dia kata normal baby muntah kuar air jernih (mcm ayaq liuq) & darah sikit- sikit tu sebab baby maybe tertelan ayaq ketuban & darah dalam proses kelahiran. Lega sikit Mama dengaq. Mana risau la jugak. Ingatkan tak normal bila Bebi muntah lagu tu.

Lepaih specialist buat check-up.. Depa decide nak tahan lagi sehari. Bukan sebab muntah-muntah tu.. Tapi sebab depa dengaq macam ada bunyi mur-mur kat jantung Bebi.

Ya Allah! Selamatkanlah anakku T.T

Actually lepaih abih ja ubat bius pagi tu Mama saketttt sangat. Memang langsung tak buleh bangun dar katil. Kena ada orang tolong angkat baru buleh bangun. Nak susukan Bebi pun kena mintak tolong Nurse. Nak mengiring kiri kanan pun saket. Mama rasa macam fibroid yang ada dalam perut Mama ni begolek laju sangat. Ye la.. Dulu kan Bebi ada dalam perut Mama ni.. So fibroid tu tak la begolek sakan sangat sebab kena share space yang sempit tu dengan Bebi kan? Bila Bebi dah kuaq beliau pun berjoli sakan la kat dalam tuuuu T.T So Mama mintak Abah request bilik 1st class 1katil kat Nurse.. buleh la Abah temankan kita malam ni tolong Mama bangun dari katil & angkat Bebi mai kat Mama =)

Saturday, June 2, 2012

First 24Hours: Selamat Datang ke Dunia Sayang



Date: 2 Jun 2012
Time: 10.03am

Lahirnya anak kesayangan Mama & Abah. Bidan yang sambut Bebi awai-awai dah cakap- Muka baby macam ayah dia! Alhamdulillah Bila bidan letak Bebi ataih dada Mama baru Mama tau yang Mama dapat baby girl. Kan selama ni asyik dok kepiiiittt ja sampai tak buleh nampak boboi ka gegirl? Hehe! Tak kisah la baby boy ka baby girl ka.. Mama tetap sayang =)

Masa Bebi kat dada Mama.. Cepat-cepat Mama letak mulut Bebi kat puting Mama. Alhamdulillah.. Bebi teruih hisap susu sampai la nurse amik Bebi bawak p cuci buang darah & lendir kat badan anak Mama ni.

Nurse & Bidan yang ada kat situ semua cakap anak mama pandai sebab reti hisap susu dah on the first day. I'm proud so of you Baby. Semoga anak Mama jadi anak yang Solehah, sempurna Iman, sempurna Akhlak & terus banggakan Mama & Abah. Insyaallah.

Bila balik ward.. Nurse yang lain plak amik Bebi untuk buat hearing test. Test ni baru ada ja kat Malaysia since last May & HKL satu-satunya hospital yang ada instrument ni (as said by that nurse la). And you pass the test with flying colours dear. Yay! Hehe! Sebab tu la sampai la ni pantang ja dengaq bunyi teruih tejaga dari tidoq kot? Telinga ceq power sangatttt

Petang tu Bebi dah start poo-poo & pee-pee. Lega Mama. Mama risau la jugak kalau Bebi tak mau poo-poo nanti Bebi kena jaundice. Kan susah? T.T