Tuesday, January 1, 2013

Gigi Pertamaku

Tadi Mama raba2 gusi Hannah dengan jari, Mama dapat rasa tajam-tajam & keras. Sah! Memang dah tumbuh gigi. Tapi tak buleh nak tengok lagi sebab Hannah tak mau buka mulut bagi Mama tengok. Eeeiiii Geraaaammmm Bila nak buka mulut dia buleh pulak dia kemam mulut dia tu kuat-kuat. Langsung tak buleh tengok. Isk! Patut la 2-3 hari lepaih Hannah asyik meragam jaaa Penah sekali tu Hannah kejutkan Mama & Abah pukul 4.30 pagi. Adoiii Sangat tak comel ok?? Esok Hannah genap 7 bulan. Yeaaayyyy Esok Mama start suap moi kat Hannah ok?? Muah!

Good night sayang, sleep tight. Mimpi yang indah, Mama doakan Hannah akan jadi anak yang solehah. Aminnnn =)