Thursday, February 21, 2013

8 Bulan

Pewwit! Hannah dah pandai duduk sendiri uollsss Gigi pun dah ada 3 batang & rasanya dok nak tumbuh lagi sebatang kot, sebab 2-3 hari ni dia asyik meragaaammm ja. Pipi & dagu Mama selalu ja jadi mangsa kena tokak. Sakit oi! Konon-konon nak manja-manja kissing Mama la kan? tapi bila dia geram tu, memang dia tokak tanpa henti! Sabaq je la. Tapi Alhamdulillah, setakat ni bila dia nak tumbuh gigi Hannah tak penah demam lagi. Just tak selesa & sakit gusi ja, so just bagi Hannah gigit-gigit biskut & sapu vicks kat atas bibir dia.

Merangkak? Belum pandai lagi, tapi laaajuuuu ja menyuloq (read: menyusur) tambah lagi bila dia nampak benda yang dia interested nak main. Haha! Kadang-kadang sampai tak dan nak ligan. Laju sangat! Heee La ni dia dah pandai bangun berdiri sendiri & meniti kat sofa. Jangan kata sofa, kat kabinet tv pun dua dok buat lagu tu. Risau oi! Tv tu bukannya ringannn

Susah gila nak bagi dia duduk balik, once dah berdiri memang dia akan berdiri & berpaut kat sofa tu lama gilaaa Siap marah lagi bila kita nak dudukkan dia. Amboiii Diva sangat aih! Tapi kalau orang angkat nak dukung dia bukan main seronok- renyih sampai ke telinga! Hahahannah Hannah.. Jadi anak yang baik na? Mama & Abah saaayangggg sangat kat Hannah ^^

Tuesday, January 1, 2013

Gigi Pertamaku

Tadi Mama raba2 gusi Hannah dengan jari, Mama dapat rasa tajam-tajam & keras. Sah! Memang dah tumbuh gigi. Tapi tak buleh nak tengok lagi sebab Hannah tak mau buka mulut bagi Mama tengok. Eeeiiii Geraaaammmm Bila nak buka mulut dia buleh pulak dia kemam mulut dia tu kuat-kuat. Langsung tak buleh tengok. Isk! Patut la 2-3 hari lepaih Hannah asyik meragam jaaa Penah sekali tu Hannah kejutkan Mama & Abah pukul 4.30 pagi. Adoiii Sangat tak comel ok?? Esok Hannah genap 7 bulan. Yeaaayyyy Esok Mama start suap moi kat Hannah ok?? Muah!

Good night sayang, sleep tight. Mimpi yang indah, Mama doakan Hannah akan jadi anak yang solehah. Aminnnn =)

Friday, November 30, 2012

My milestones

Lamanya Mama tak update blog ni. Sorry na Hannahhhhh Blog Mama sendiri pun Mama jarang update sebenaqnya. Hehe. Nanti kena mintak tolong Abah update blog Hannah la kot? Tapi mau ka dia???

Esok Hannah dah nak masuk 6 bulan. Yeay! Alhamdulillah. So, nanti fasa baru bermula laa Fasa suap Hannah dengan solid food pulak. Mama dah siapkan puree plum & blueberry kat Hannah. Nanti makan la tau? Penat Mama masak nak bagi Hannah T.T

Masa Hannah umur 5 bulan ni, Hannah dah developed motor skills banyak dah. Both of your hands & legs. Dulu Hannah just buleh capai & genggam barang yang ada kat tepi (kiri & kanan) Hannah ja, tapi masa raya haji hari tu (raya ke-2) Hannah tiba-tiba capai tangan nak pegang cawan teh panaih kat rumah kawan Abah. Amboiiii Pandai ni. Nak tunjuk bakat kat rumah orang no? Hehehe Tu la first time Hannah pandai capai benda yang kat depan & atas. Lepaih tu memang tangan Hannah tak reti dok diam laaa Orang dah dapat lesen 'L' la kata kannnn Baru lesen 'L' la Hannahhhh Bukan full lagi pun Haih!

Balik ja dari Penang 2 minggu lepaih Hannah demam, then 1 rumah kena jangkit. Hmmm Salah Mama jugak sebab asyik gomoi Hannah ja, memang kena jangkit laaa Jangan kata Mama, Abah & Nani pun kuat gomoi Hannah sebab tu la semua pakat-pakat demam T.T (Hannah, kita balik Penang dulu sebab Nenek Hannah meninggal 11/11/2012. Mama sedihhhh sangat) Masa demam tu la dengan hidung berair & batuk-batuk Hannah tiba-tiba bergolek, meniarap & sedaya-upaya try nak menyusur. And you made it Sayang! La ni baru la dapat lesen 'P' hehehehe

Minggu ni Alhamdulillah, Hannah dah baik demam & lajuuuuu ja menyusur. Amboi. Siap tolong mengemas rumah lagi tu. Jenuh la Mama nak kena block jalan sebab tak mau bagi Hannah sampai kat dapoq plak. Hehehe

P/S: Mama dok perati tengok Hannah menyusur guna tangan kiri jaaa Anak Mama ni nanti nak jadi kidal kah?

Monday, September 24, 2012

Bermula fasa meniarap

Hannah dah pandai meniarap hari ni. Tapi Mami xmampu nak duduk, bangun, berdiri amik gamaq Hannah. Sorry Sayang T.T

Saturday, September 1, 2012

Day 90

Hannah genap 3bulan hari niii Alhamdulillah =)

Dan hari ni genap 21tahun jugak pemergian Atuk Hannah. Kesian Hannah tak sempat jumpa Atuk dia Mama rindu ayah Mama T.T

Hannah janji dengan Mama tau.. Hannah kena jadi anak yang baik & dengar cakap Mama&Abah

Al-Fatihah

Tuesday, August 28, 2012

Day 87

Hannah dah pandai genggam teether beliau. Yay! Actually dah lama try bagi beliau pegang teether tu since umoq dia awai 2bulan masa awai-awai dia suka hisap jari, tapi asyik terlucut jaaa

Hari ni tak tau la mimpi apa dia pegang & gigit teether tu elok jaaa Tapi sat je laaa Sebab tangan & jari lagi sedap kottt HEHEHE

Friday, August 24, 2012

Day 83: raya ke-6

Hannah dah pandai alih badan sendiri. Mengiring kiri kanan cepat-cepat. Sebelum ni kalau mengiring kiri.. kiri jaaa Kalau kanan.. kanan jaaa

So macam besa laaa Bila dah belajaq benda baru beliau pun mula la buat perangai. Sekian